Nuffnang

Sunday 21 September 2014

Lagenda Budak Setan 3 (Kasyah)

Cover Filem Lagenda Budak Setan 3 (Kasyah)
tengah-tengah malam ni saya nak buat review pasal filem Lagenda Budak Setan sebab baru ja balik dari tengok Lagenda Budak Setan 3 - Kasyah di cinema Queensbay Mall...dah 11 hari keluar cinema baru hari ni berpeluang nak tengok...memang nak tengok sangat sebab dah ikut 2 prequel movies sebelum ni dan dah baca 2 buah novel Ahadiat Akashah ni..yang ke-3 tu saya tak baca la pulak...


Tiket wayang Lagenda Budak Setan 3 (Kasyah)
Trailer Lagenda Budak Setan 3 (Kasyah):



Sinopsis:  
Setelah Kasyah kehilangan isteri dan anak tercinta, dia tekad untuk memulakan kehidupan baru bersama Katerina. Mereka telah menjadikan anak saudaranya sebagai anak angkat dan melangsungkan perkahwinan. Tetapi, ketenangan mereka digangu dengan kehadiran semula bekas suami Katerina yang gila dan bekas rakan sekerja Kasyah muncul semula dengan niat jahat.

Adaptasi dari novel Lagenda Berakhir (Kasyah):
Novel Lagenda Berakhir - Kasyah
babak dalam Lagenda Budak Setan 3 (Kasyah) telah menimbulkan kontroversi, di mana watak Zahirah dipegang oleh Ayu Raudhah dipukul teruk oleh suaminya, Shen di lakonkan oleh Iqram Dinzly...suami Ayu Raudah,Zaquan Adha tak sanggup tengok isterinya di pukul Iqram Dinzly.. 
Tapi pada pandangan saya, antara tiga-tiga filem ni yang paling best ialah yg the first one, Lagenda Budak Setan (2010)...watak Kasyah sebagai budak setan tu lebih menyerlah...watak Kasyah dalam Lagenda Budak Setan 3 (Kasyah) ni tak begitu memberangsangkan...seorang yang mudah berputus asa...dalam movie ni Kasyah lebih banyak mengalah daripada melawan...

Antaranya:

1) Kasyah larikan diri lepas anak dalam kandungan isterinya, Kate meninggal dunia sebab sangkakan dirinya seorang pembawa malang...larikan diri takut Kate akan meninggal jugak macam Ayu isterinya yang pertama gara-gara bad luck yang dia bawak..

2) Tak berusaha cari Kate dan terangkan perkara sebenar lepas Kate tinggalkan dia sebab merajuk kerana salah faham antara hubungan dia dengan Zahirah...

3) Tak fight untuk halang ibu kandung kepada Atira iaitu anak abangnya yang dijaga dengan penuh kasih sayang,ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecik yang ditinggalkan begitu sahaja oleh ibunya selepas dilahirkan...

4) Buat keputusan membawa diri ke Indonesia selepas Atira diambil semula oleh ibu kandungnya dan Kate tak kembali kepadanya

ok..ini sekadar pandangan saya...selebihnya korang tengok la sendiri...

saya lebih suka filem Lagenda Budak Setan 1, pelakon-pelakonnya pun pada saya lebih best...Lisa Surihani + Que Haidar...


Cover Filem Lagenda Budak Setan 1
Ada yang belum tengok Lagenda Budak Setan 1?
boleh tengok di sini:



Adaptasi dari novel Lagenda Budak Setan: 
Novel Lagenda Budak Setan

tahun 2012 keluar pulak Lagenda Budak Setan 2 (Katerina)...

Fazura yang pegang watak Katerina dalam Lagenda Budak Setan 1, tapi dalam Lagenda Budak Setan 2 watak Katerina di pegang oleh Maya Karin hingga la Lagenda Budak Setan 3...

Cover Filem Lagenda Budak Setan 2 - Katerina

Adaptasi dari novel Lagenda Budak Setan (Katerina):
Novel Lagenda Budak Setan (Katerina)
Official Trailer Lagenda Budak Setan 2 - Katerina:



kepada yang nak kongsi pandangan anda pasal filem-filem Lagenda Budak Setan ni boleh la tinggalkan komen anda...

5 comments:

  1. assalam ....

    Saya pernah tgk yg 1st je ... masa lisa ngan farid berlakon... subsequent saya dah tak tgk sebab story line nya macam tak menarik sangatt...

    btw sis, just nak inform saya ada senaraikan blog sis dalam segmen liebster award ...
    http://darihati-yatiefizzy.blogspot.com/2014/09/liebster-award-game-berantai-jawab.html ...
    jika sudi sila2 la ya.. sebagai tanda terima kasih saya sebab sis pernah singgah and komen di blog saya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kedua katerina...ok2 la...
      Ok..thanks..nt sy blogwalking...

      Delete
  2. Da tgk first. Mmg best tp mcm ada bosan2 skit. Mgkin sy bukan jiwa jiwang kot. Tp time skool layan ahadiat akashah best lak.

    Jemput singgah www.rinaprettyhealthy.com

    ReplyDelete
  3. kite x pernah tgk langsung cite ni dari 1 sampailah dah yg ke 3 skrg, haha! kecian sungguh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...x pe...klau nak tengok,masih belum terlambat...tengok terus tiga2...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...